Categories: Hiburan

Isu Anak Artis Berusia 18 Tahun Didakwa Jadi Orang Ketiga… Kakak Mangsa Tampil Beri Bukti Rakaman Audio! Dakwa Penyondol Pernah Bersumpah, Siap Junjung al-Quran

Dakwaan ibu anak dua bernama Misya di platform X mengenai anak pasangan artis berusia 18 tahun yang menjadi penyondol rumah tangganya mengejutkan ramai pihak, terutamanya warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Berusia 18 Tahun, Anak Pasangan Artis Terkenal Dengan Imej Muslimah Didakwa Jadi Penyondol… Siap Check-In Di Hotel? Bekas Isteri Buat Pendedahan!

Selain itu, kakak kepada Misya yang dikenali dengan nama Nadiah turut meluahkan rasa hati di laman Instagram.

Dakwa Nadiah, mental dan emosi adiknya dipermainkan gara-gara gadis itu yang didakwa menjadi pengacau rumah tangga.

Tambah Nadiah, setelah Misya menularkan perkara terbabit, gadis itu menghubungi adiknya berulang kali kerana takut perkara terbabit viral.

Nadiah juga memberikan bukti rakaman audio yang dipercayai di ambil dari video kamera litar tertutup (CCTV) rumah mereka ketika gadis itu hadir bersama keluarga untuk memohon maaf kerana telah mengganggu rumah tangga Misya.

Terdahulu, Misya tampil mendakwa seorang gadis berusia 18 tahun yang merupakan anak kepada pasangan artis menjadi penyebab kehancuran perkahwinannya.

Meluahkan perasaan di platform X malam tadi, Misya mendakwa gadis yang berstatus pempengaruh media sosial dan berimej muslimah itu menjadi penyondol rumah tangga yang telah dibina selama tiga tahun.

Lebih buruk, Misya menampilkan bukti resit dan mendakwa gadis itu kantoi ‘check-in’ bersama bekas suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Berusia 18 Tahun, Anak Pasangan Artis Terkenal Dengan Imej Muslimah Didakwa Jadi Penyondol… Siap Check-In Di Hotel? Bekas Isteri Buat Pendedahan!

Padin