Lawan Dengan ‘Scalper’, Sharnaaz Ahmad Akhirnya Berjaya Bida Plat Kereta Idaman PRA85

Pelakon Sharnaaz Ahmad bersyukur selepas berjaya membida nombor plat kereta idamannya, PRA85 pada Khamis.

Menurut Sharnaaz, kemenangan membida nombor plat tersebut sekaligus membuktikan, dia berjaya melawan scalper iaitu peniaga atau pihak yang membeli nombor secara pukal dan menjualnya semula di pasaran dengan harga yang tinggi.

“Seperti yang saya janjikan kepada anda, saya dah dapat result. Alhamdulillah, kita menang! Saya dapat dah PRA85. Syukur alhamdulillah.

“Berjaya membida walaupun sampai tak mandi. So, harini saya nak buktikan yang sebenarnya, saya lawan dengan scalper! So, saya menang. Alhamdulillah, berkat doa semua yang tengok live, kita fight sama-sama!” katanya.

Luah rasa tak puas hati

Dalam pada itu, Sharnaaz atau nama penuhnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan scalper yang menjual nombor plat bidaaan dengan harga yang terlalu tinggi semata mahu mengaut keuntungan.

“Saya memang tak boleh terima benda kecil ni , tapi kalau anda semua buka dalam Instagram, nombor plat M**M hampir RM50,000. Saya  berani jamin, paling tinggi dia bida RM20,000 sahaja. Dia untung RM30,000. Just think about this in a proper way.

“Faham dia nak cari makan, tetapi orang kata berpada-pada lah dalam mencari makan jangan sampai menghempit.

“Saya minta maaf bukan saya saja nak buat kecoh tetapi saya rasa benda ni kena raise up, kita bukan nak cari dengan sesiapa, scalper ke atau JPJ ke, tidak.Kita cuma nak adil sahaja. Tak payah sampai extreme,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon filem Juvana ini mencuri perhatian pihak berwajib apabila meluahkan rasa kecewanya terhadap sistem bidaan nombor plat yang dikatakan tidak efisyen selain menyusahkan pengguna.

 

Salma Syahbuddin