“Memang Sedap Menuding Jari, Bersangka-Sangka! Komen Dulu, Cari Pahala” – Anak Perempuan Dilabel Penyondol, Abby Abadi Tampil ‘Buka Mulut’

Pelakon Abby Abadi mencuri perhatian selepas berkongsi foto berupa doa memohon agar kesemua anaknya dilindungi dan dipelihara daripada sebarang ujian kelak.

Malah, dalam doa tersebut, Abby lebih rela merasakan sakit dan kecewa demi kebahagiaan anak-anaknya.

“Ya Allah, Aku memohon kepada Mu, janganlah Engkau menguji anak-anak ku sebagaimana Engkau mengujiku.

“Aku menerima segala ujian dariMu dengan ikhlas. Aku rela merasakan kecewa, rasa sakit, rasa pahit, bila hadiahnya adalah untuk kebahagian anak-anakku.

“Peluk mereka disaat tanganku tidak lagi mampu merangkul dan memeluknya. Lindungi mereka disaat kelak aku sudah tidak berada di sisi mereka” tulis doa tersebut.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang berlainan pula, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas ini kelihatan memuat naik foto bersama anak perempuannya, Marissa Dania berserta kapsyen seolah-olah memberi respons terhadap isu kontroversi yang sedang tular.

“Tentang isu yang viral ni, tak apa sila komen dulu, cari pahala ya. Nanti saya jawab.

“Memang sedap bersangka-sangka, menambah cerita dan menudung jari pada orang ni,” katanya.

Terdahulu, tular dakwaan berhubung seorang gadis berusia 18 tahun berstatus pempengaruh media sosial dan berimej muslimah menjadi penyondol rumah tangga yang telah dibina selama tiga tahun.

Susulan isu tersebut, nama anak kepada pasangan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim telah dipetik sebagai individu yang dimaksudkan.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Anak Artis Berusia 18 Tahun Didakwa Jadi Orang Ketiga… Kakak Mangsa Tampil Beri Bukti Rakaman Audio! Dakwa Penyondol Pernah Bersumpah, Siap Junjung al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN:Baru Berusia 18 Tahun, Anak Pasangan Artis Terkenal Dengan Imej Muslimah Didakwa Jadi Penyondol… Siap Check-In Di Hotel?

Salma Syahbuddin