Sharnaaz Ahmad Komen Isu Pelakon Wanita Kacau Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah – “Patut Kena Ban Keluar TV”

Pendedahan berani penyanyi, Bella Astillah berhubung seorang pelakon wanita yang mengaku menyukai suaminya, Aliff Aziz mengejutkan orang ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

Susulan itu, perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai pihak serta rakan-rakan selebriti yang berang dengan kejadian terbabit.

Terkini, aktor Sharnaaz Ahmad tampil memberi reaksi terhadap isu tersebut berdasarkan sebuah hantaran di Instagram story miliknya pada Selasa.

Menurut aktor drama Aku Bukan Bidadari itu, Sharnaaz memohon pelakon yang mempunyai sikap suka menggangu rumah tangga orang lain sepatutnya dilarang untuk berlakon dalam sebarang produksi.

“Setiap drama dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mampos lah… This kind of people (women and man) patut kena ban dari berlakon atau keluar tv (televisyen),” tulisnya.

Terdahulu, pasangan sejoli Bella dan Aliff pernah mendedahkan rumah tangga mereka diganggu oleh gangguan mistik dan sihir sehingga membuatkan hubungan renggang.

Artikel Berkaitan: Dedah Terkena Sihir Pemisah, Bella Astillah & Aliff Aziz Mahu Teruskan Hidup Seperti Biasa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Jujur, Setia & Muliakan Isteri Adalah Ibadah” – Throwback Momen Tunai Umrah Bersama Suami, Bella Astilah Sentuh Hati Ramai

Aqilah Paharuzi