Cantiknya! Persis Bidadari, Penampilan Maryam Durian Kimchi Berhijab Raih Pujian

Pempengaruh Maryam Durian Kimchi atau nama sebenarnya You Narae, sekali lagi meraih tumpuan dalam kalangan pengikutnya selepas melihat penampilannya berhijab, semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok, Maryam telah memuat naik videonya mengenakan pakaian serba putih sekaligus menyerlahkan keayuannya.

“Ramai orang cakap Maryam nampak macam bidadari. La ilaha illallah, dah kantoi laa,” katanya.

@uyounikSudah!😣

♬ 오리지널 사운드 – Duriankimchi

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan gelagatnya dan memuji kecantikan pempengaruh itu.

“cantik mariam bertudung

“Mula-mula tengok vtt ni, terdetik subhanallah….cantiknya! sekali Maryam buat terbang2 tu terus tergelak 🤣🤣🤣

“MasyaAllah, cantiknya..huhu macam bidadari betui!

“Dia ni combo , lawak cantik semua kat dia,” komen pengikutnya.

 

Fatin Nurain