Sharnaaz Ahmad Titip Nota Untuk Hafidz Roshdi – “Cepat Sembuh & Kembali Betulkan…”

Pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil memberi pesanan ekoran konflik rumah tangga yang dihadapi aktor Hafidz Roshdi bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Sharnaaz menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya mendoakan agar Hafidz kekal tabah.

“Nota buat Hafidz. Sahabat, dunia ini kadang-kadang pelik… Allah tengah uji awak dan keluarga.

“Stay strong buat awak dan isteri. Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana-mana yang longgar dan silap.

“You can get this through brother,” tulisnya.

Sementara itu, Sharnaaz memberi pesanan kepada pengikutnya untuk tidak terus menghukum Hafidz atas kesilapan lalunya itu.

“2.1 juta yang follow aku ni, tolonglah jangan mencurah minyak pada api…semoga dia kembali sihat, dan isterinya kembali mencari kebahagiaan walau bukan bersama dia.

“Cuba ambik yang positif… tak cukup ka negative dalam harian kita,” akhirnya.

Sebelum ini, pelakon Hafidz dikhabarkan akan dirawat di hospital bahagia atas dakwaan mempunyai penyakit bipolar.

Konflik rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya, Nurul Shuhada menjadi perhatian ramai selepas timbul gosip pelakon Melestik Ke Hatimu itu curang.

Susulan itu, Hafidz pula disyaki telah menumbuk isterinya sebanyak tiga kali namun mengaku tidak bersalah di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Alami Bipolar Disorder, Mengaku Masih Cintakan Bekas Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Kantoi Check In? Bekas Isteri Dedah Ada Bukti Perbuatan Maksiat – “Itu Dosa Dengan Allah, Tapi Cari Kami Di Padang Mahsyar…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Akur Dapatkan Rawatan Psikiatri

ARTIKEL BERKAITAN: Balas Surat Terbuka Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Dedah Suami Kahwin Senyap-Senyap?

ARTIKEL BERKAITAN: Berhubung Semula Lepas 7 Tahun, Hafidz Roshdi Pernah Halang Persahabatan Nurul Shuhada Dengan Kawan? – “Selepas Awak Kahwin, Orang Toksik Tu…”

Aqilah Paharuzi