Kongsi Foto Bertemu Peguam, Netizen Harap Keadilan Berpihak Kepada Nurul Shuhada

Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tampil berkongsi foto bersama peguamnya, Nor Zabetha yang akan mewakilinya untuk proses perceraiannya nanti.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada turut bermohon agar segala urusan pengadilannya dipermudahkan demi membela nasibnya bersama anaknya, Humairah dan Umar

“Bismillahirrahmanirrahim, Allahuakbar, Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku, Allah yang Maha Melihat setiap yang terjadi. Semoga Kau permudahkan urusan kami menegakkan keadilan di dunia, kerana aku tahu yaAllah, di akhirat kelak.

“Sejauh mana berlari, tetap yang salah akan mendapat balasan vang setimpal.  This is my journey, this is for my kids. Allah hadirkan seorang peguam hebat @zabethanor yang akan bantu kita sayang, humairah and umar, in shaa Allah #AllahujiAllahsayang,” tulisnya.

Kagum dengan semangatnya, rata-rata netizen mendoakan agar keadilan berpihak kepadanya.

Malah, ada juga yang berharap Shuhada tidak mengubah fikirannya untuk kembali bersama Hafidz.

Terdahulu, Hafidz telah menceraikan Shuhada pada 23 Februari lalu selepas kemelut rumah tangganya angkara orang ketiga mula menjadi bualan.

 

 

Fatin Nurain