Selepas Anugerah Skrin (ASK) 2019 baru-baru ini, pelakon dan pengarah tersohor Sheila Rusly (48) telah memberi bayangan bahawa dia mungkin akan bersara dari industri seni melalui perkongsian di akaun instagram miliknya @sheilarusly_jspictures.

Baca: Beri Bayangan Mahu Bersara…Sheila Rusly Minta Petunjuk

Mungkin untuk menenangkan fikiran dan menghiburkan hati, Sheila  ‘terbang’ ke Bangkok bersama beberapa orang teman termasuklah pelakon, Catriona Ross.

Apa-apapun, Sheila kelihatan seronok bercuti dan berlibur di Bangkok dan rata-rata percutiannya dipenuhi dengan acara makan-makan dan membeli-belah di beberapa lokasi terkenal di negara Thai itu seperti pasar minggu Chatucak.  

Rata-rata netizen juga terhibur dengan gelagat Sheila dan Catriona yang bercakap bahasa Inggeris dalam intonasi Thai di dalam video-video percutian mereka! 

 

Diharapkan selepas pulang dari bercuti, sis Sheila akan mempertimbangkan keputusannya untuk bersara. Nanti ramai peminat yang rindu dengan Sheila kerana ia umpama kehilangan satu permata berharga dalam industri seni tanahair. Siapa yang tak terkesan dengan watak OKU yang dibawa Sheila dalam drama ‘Pia’?

 Sumber Foto: Instagram @sheilarusly_jspictures, @catrionabrianross

Del14