Sheila Rusly Titip Pesanan Dalam Persahabatan – “Kalau Ada Sahabat Yang Baik…”

Penerbit dan pelakon Sheila Rusly berkongsi tips dan pesanan dalam mengekalkan persahabatan bersama rakan, sekaligus mencetuskan rasa kagum dalam kalangan pengikutnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sheila telah memuat naik videonya yang sedang melihat bil ketika makan bersama rakan selebritinya Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora.

“Ramai antara kita nak sahabat yang baik. Tapi pernah ke kita cuba jadi sahabat yang baik?

“Kalau ada sahabat yang baik, yang selalu membantu kita dalam ketaatan, mendengar masalah kita tanpa mengaibkan kita, maka genggam erat tangan mereka, kerana mencari sahabat tu susah, melepaskan super easy!!

“Thank you Maria belanja lunch Sharifah Shahora turn ko belanja kat Bangkok!! Love korang❤️
#sahabat #selfreminder #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dan mendoakan agar persahabatan mereka bertiga berkekalan.

Fatin Nurain