Dedah Jadi Individu Terawal Dihubungi… Rossa Harap Lesti Kejora, Anak Sihat Fizikal & Mental

Penyanyi terkenal Indonesia Datuk Seri Rossa, 43 mendedahkan dia dihubungi penyanyi dangdut Lesti Kejora, selepas dipukul suaminya, pelakon Rizky Billar.

Menurut Rossa, hubungan persahabatannya bersama Lesti mula rapat sejak penyanyi dangdut itu bercinta dengan Rizky sehinggalah mereka berkahwin dan mempunyai anak.

“Apa yang saya mahu, selepas berlaku perkara itu agar kesihatan Lesti dan anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang berusia 10 bulan terbela. Saya berharap mereka dua beranak itu sihat fizikal dan mentalnya,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Rossa turut menyatakan beliau hanya mampu mendoakan yang terbaik buat sahabatnya itu.

Penyanyi itu juga menegaskan agar orang ramai perlu berani untuk menghentikan isu kekerasan dan keganasan dalam rumah tangga yang berlaku kepada sesiapa pun.

Sebelum ini, Lesti telah membuat laporan polis dan mendakwa Rizky memukul serta mengasari dirinya selepas mendapat tahu pelakon itu berlaku curang terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihempas Ke Lantai & Leher Dicekik, Lesti Kejora Buat Laporan Polis Terhadap Rizky Billar

ARTIKEL BERKAITAN: Benci Lelaki Naik Tangan, Inul Daratista ‘Unfollow’ Rizky Billar & Titip Pesan Buat Lesti Kejora

ARTIKEL BERKAITAN: Dipakaikan Pendakap Leher, Lesti Kejora Alami Tulang Bergeser Akibat Dipukul

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain