“Tahniah Yang Dapat A…Jauhi Dadah!”-Shiera Kongsi Keputusan PT3 Anak Pula!

Keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telahpun diumumkan hari ini dan pelakon, pelawak dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera sekali lagi berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Airell. 

Shiera membuat perkongsian itu menerusi akaun Instagram miliknya dan tidak segan silu mendedahkan keputusan penuh Airell yang menerima 1A, 6D dan 2F.

“Dari zaman mak dia sampai laa ke anak D je Apa ni…adoiiii

“Dah cakap kat suami  suruh pergi pagi-pagi amik Satu je A. 

“Jangan hina anak kita …tau …Kita pun macam tu dulu..

“Tapi kita bayar tax. Rajin pergi rumah orang kawin. Rajin pergi hospital tengok orang sakit. Bergantung kalau tak sibuk.

“Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup.  Supaya hormat orang tua dan tak macam orang lain komen kecikkan hati orang…ya…Hidup gelak ketawa dan kecewa…biasa ya.

“Tahniah yang dapat A…Jauhi DADAH…banyak D ni,” tulis Shiera sebagai kapsyen. 
 

Shiera yang sememangnya terkenal dengan sikap sempoi itu menerima pelbagai reaksi dari netizen di ruangan komen entri tersebut. 

Rata-rata memberi kata-kata positif dan semangat kepada Airell supaya tidak putus asa terus berusaha di masa hadapan dan mengucapkan tahniah dan syukur kepada Shiera dan anaknya itu. 

Terdahulu Shiera berkongsi keputusan UPSR anaknya Airra baru-baru ini di akaun Instagramnya. 

Baca: Shiera Ijoy Tak Segan Kongsi Keputusan UPSR Anak Di IG

Untuk rekod, pasangan Shiera dan pelakon Ijoy Azahari mempunya empat orang anak, iaitu Airell (15), Airra (12), Audra (10) dan Adeena (2). 

Melalui perkahwinan Shiera terdahulu bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt…mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Allisya. 

Apa-apapun, kami dari team Xtra ingin mengucapkan tahniah kepada Airell dan semua pelajar-pelajar tingkatan 3 yang memperolehi keputusan PT3 mereka hari ini!

Del14