Shiha Zikir Bengang Rakan Tak Bayar Hutang

Nampaknya penyanyi Shiha Zikir sudah hilang sabar dengan seorang individu yang berhutang dengannya.

Menurut Shiha di laman Instagramnya semalam, dia bengang apabila rakannya menghilangkan diri setiap kali diminta membayar hutang tersebut.

“ Bila diam awak makin menjadi eh. Hutang tak habis lagi tau. Nak suruh sabar sampai berapa tahun?

“Ramai saja lagi kawan-kawan hutang tapi dah halalkan sebab tak mampu bayar. Saya faham, tapi dengan cara awak yang suka menipu dan lari dari masalah ini, saya rasa saya kena minta juga sampai dapat,” katanya.

Penyanyi Jagakan Dia ini meminta individu tersebut menghubungi secepat mungkin jika tiada sebarang tindakan diambil.

“ Niat saya post sebab nak tahu lokasi awak kat mana. Saya hubungi bini (isteri) awak pun dah tak berangkat. Apa cerita?” tulisnya.

Dalam pada itu, Shiha juga memberi tempoh kepada individu berkenaan untuk melangsaikan semula hutang yang pernah dibuat sejak Ogos lalu. 

SGMS Faida