Hiburan By: SGMS Enal May 9, 2019 @ 2:36pm

Siap Sedia Untuk ‘IDC’, Lagu Duet Justin Bieber- Ed Sheeran Keluar Esok!

Selepas sebulan berteka-teki, penyanyi Ed Sheeran mengumunkan bakal tampil dengan lagu duet bersama Justin Bieber.

Lagu ‘I Dont Care’ yang bakal dilancarkan esok itu menyaksikan kolaborasi pertama mereka selepas empat tahun lepas menerusi ‘Love Yourself’.

Menerusi IG Ed Sheeran, penyanyi ini memberitahu kepada pengikutnya agar bersedia dengan naskah terbaharu yang dijangka menjadi siulan ramai.

‘ Pre save now,’ tulisnya ringkas.

Terdahulu, Bieber pernah menulis di Twitter bahawa dia merupakan peminat tegar kepada pelantun lagu Perfect ini.

Seterusnya, pada 30 April lalu dua penyanyi gah ini mula berkongsi gambar sama sekaligus menguatkan spekulasi mengenai kerjasama terbaharu ini.

Malah, pengurus kepada dua penyanyi ini iaitu Scooter Braun dan Stuart Champ turut berkongsi tweet serupa dengan memuat naik kapsyen ‘10’ pada Selasa lalu.

Bieber meluahkan kegembiraan di Instagram dan memberitahu dia bakal tampil dengan sesuatu yang luar biasa pada Jumaat ini.

Album terakhir Bieber diterbitkan pada 13 November 2015 oleh Def Jam Recordings dan School Boy Records. Manakala Ed Sheeran pula tampil dengan Divide pada tahun 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Kalau Dah Jodoh, Fahmy Reza Terima Joy Revfa Sebagai Isteri

Fahmy tidak menolak seandainya jodoh berpihak kepada mereka pada masa hadapan.

Featured Mon, 21 Mar 2022

“Lirik Sangat ‘Deep'” – Lagu ‘Ku Ikhlaskan’ Inspirasi Kisah Peribadi DSV, Jadi Saham Akhirat Bina Tahfiz

Orang kata ‘Tak kenal maka tak cinta’ begitulah konsep pada lagu DSV ini. Apabila dah dengar ternyata ramai yang mengalir air mata. Menurut DSV juga, lagu Ku Ikhlaskan adalah salah satu usahanya untuk mengumpul dana bagi membina Pusat Tahfiz di Perak. Alhamdulillah 🤩

LIFESTYLE Mon, 4 Mar 2019

These 6 Malaysian Hotels are Forbes Travel Guide 2019 Star Award Winners

These 6 hotels are on par with other international establishments.

Featured Fri, 5 Apr 2024

Telefon Bimbit, Kad Sim Aliff Syukri Disita & Dihantar Ke Forensik Untuk Siasatan

Macam serius je kes ni kan? Hmmm… baiklah Datuk haritu senyap je tak payah April Fool kan orang kan tenang😪

Trending Hari Ini Sun, 10 May 2020
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Wed, 3 May 2023

Selepas Isu Tegur Pembaca Berita, Ada Pula Netizen Dakwa Hattan Tak Beratur, Suka Potong Barisan?

Alamakkk… Belum reda isu sekolahkan pembaca berita. kini timbul pula dakwaan lain 🥵