Siapa Artis Ke Kelab Malam Pada Bulan Ramadan?

Selepas kontroversi melibatkan penularan gambar lucah beliau, Eyka Farhana lantas menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan gambar beliau itu telah diedit semata-mata mahu memalukan beliau.

Namun, kecoh pula baru-baru ini apabila peminat Eyka Farhana sendiri mendakwa pelakon itu telah berhibur disebuah pusat hiburan pada bulan ramadan.

Isu ini timbul apabila, Eyka sendiri dilihat memuat naik gambarnya melalui akaun instagram miliknya beberapa hari lepas. Dan, kenyataan tersebut dilihat seakan-akan benar apabila status Eyka juga menunjukkan yang kononnya beliau berada di kelab tersebut.

Bagi menyangkal dakwaan itu, Eyka tampil menjelaskan bahawa gambar nya itu telah dirakam ketika menjalani penggambaran sebuah drama. Dan, kelab malam tersebut merupakan salah satu lokasi wajib penggambaran tersebut. 

“Saya tidak pergi kelab malam pada bulan ramadan, saya tidak seteruk itu. Ia hanya penggambaran sebuah drama, ada babak berhibur di kelab malam. Namun, pihak produksi pun tidak ke kelab malam sebenar, mereka hanya buat mockup set seperti dalam sebuah kelab sahaja.” Katanya

Tambahnya, peminat tidak seharusnya menuduh tanpa usul periksa kerana tuduhan yang mengaibkan seseorang itu boleh didefinisikan sebagai fitnah. 

Salma Syahbuddin