Siapa Artis Paling Banyak Ijazah Akademik?

Penyanyi, pelakon dan model jelita bertaraf Doktor Falsafah, Soo Wincci dinobatkan sekali lagi dalam Malaysia Book of Record.

Beliau dinobatkan dalam dua rekod iaitu sebagai Ratu Cantik Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak dan Artis Rakaman Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak.

Soo Wincci ketika dihubungi Xtra.com berkata, dalam tempoh 15 tahun, beliau berjaya memiliki ijazah undang-undang (2007), Sarjana (Master) pengurusan perniagaan (2008), Doktor Falsafah dalam Bisnes (2016), Sarjana (Master) dalam Muzik (2018) dan terbaru Ijazah Post-Master Fellowship dari Berklee Valencia, Sepanyol hari ini.

“Ini hanya satu permulaan, saya tidak dilahirkan cerdik atau memiliki nasib baik jadi perlulah sentiasa belajar.

“Hari ini juga hari bersejarah buat saya, selain graduasi saya yang ke-5 di Sepanyol, saya juga berjaya mencipta single terbaru dalam empat bahasa (Eng, Melayu, Cina & Espanyol) dan akan dilancar serta diterbitkan bersama syarikat rakaman dan penerbit dari Taiwan dan China iaitu, Ocean Butterflies, Taihe dan Touch Music.

“Selain itu, untuk projek graduasi, saya berjaya mencipta versi remix dalam 360 Audio dan Visual yang semuanya akan dilancarkan pada bulan ini dan Ogos depan,” katanya.

Walaupun banyak yang pernah dilalui, beliau tidak akan berhenti dan ini hanya merupakan bab yang baru untuk beliau membina impian international muzik.

Terbaru, Wincci juga baru dapat tawaran daripada Universiti yang terkenal, University of Polytechnic, Sepanyol untuk melanjutkan PhD yang kedua dalam Artistic Produksi.

Katanya, beliau akan membina ‘base’ di sini lalu terbang ulang alik ke Asia untuk TV rakaman dan persembahan.

Wincci juga berharap ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua agar terus belajar dan teruskan perjalanan impian semua.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Fas