Categories: HiburanSelebriti

SIAPA BABY JNM?

Mungkin ada yang tertanya- tanya apa JNM tu? apatah lagi bila kerap kali melihat hashtag disetiap gambar-gambar pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie dan isteri Nina Ismail Sabri di laman sosial mereka kan?

Akhirnya, jawapan bagi persoalan siapa baby JNM itu sudah terungkai apabila, pasangan comel ini telah mengumumkan nama anak mereka sebagai Jeanelle Nika Mandagie.

Jovian(kiri) bersama princess JNM dan Nina

Bayi perempuan yang dilahirkan pada 1 November 2017, dengan berat 3.37kg itu merupakan anak sulung bagi pasangan Jovian Mandagie dan Nina. Jovian telah memberitahu kepada umum nama princess sulungnya itu menerusi laman instagramnya.

Jeanelle Nika Mandagie ketika majlis tahnik

Walaupun usia baby JNM ini baru beberapa minggu. Namun, jovian dan Nina telah pun mewujudkan laman Instagram untuk princess mereka sebelum kelahiran Jeanelle lagi. Wow! Bertuahnya baby JNM ni kan? Bolehlah lepasni request baju cantik-cantik dekat Daddy dia.

 

 

Salma Syahbuddin