Categories: Hiburan

Siapa gadis di sebalik kisah lagu Zaim Ajmal?

Artis baru di bawah naungan Universal Musik Malaysia iaitu Zaim Ajmal memulakan lembaran  baru dalam hidup beliau apabila menandatangani kontrak bersama syarikat muzik rakaman terkenal tersebut.

Pemuda yang baru berusia 22 tahun dan kini menuntut di Fakulti Muzik, UITM berkata beliau sangat bersyukur dengan peluang dan ruang yang diberikan oleh pihak Universal Musik Malaysia. 

Walaupun masih baru dalam industri muzik namun nama Zaim Ajmal tidak asing lagi di laman Youtube apabila video-video nyanyian Zaim mencecah ribuan penonton di laman Youtube.

Zaim kini tampil dengan single terbaru beliau iaitu Gadees. Apa yang menarik mengenai single ini? Kalau korang nak tahu Zaim sendiri pernah mengakui menyukai seorang gadis namun cintanya tidak dibalas. Ala kesiannya. 

Ditanya sekiranya Zaim Ajmal ingin berkolaborasi bersama penyanyi seusia dengannya seperti Haqiem Rusly, Aiman Tino dan Khai Bahar. Ini jawapan Zaim, “jika diberi peluang sudah semestinya saya ingin berkolaborasi bersama mereka. Namun, perjalanan saya masih panjang dalam dunia seni”.

Selain berbakat bermain gitar, Zaim turut berbakat dalam instrumen seperti piano, drum. Apa tunggu lagi, jom kita sama -sama tonton klip video gadees!

                               

 

 

 

Ad Ops