“Sila Jaga Kata-kata & Keluarga Sendiri! ”- Puteri Sarah Hantar Notis Saman Buat Netizen ‘Mulut Puaka’

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, dilihat semakin lantang bersuara apabila ada pihak yang cuba untuk menghentam mahupun memberikan kata-kata hinaan terhadapnya berhubung kisah rumah tangga beliau.

Justeru itu, menerusi hantaran di Instagram miliknya, Puteri Sarah memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak dan akan memfailkan notis saman fitnah terhadap individu yang didakwa melemparkan kata-kata tidak benar terhadap dirinya.

Malah, tindakan ini adalah salah satu bentuk pengajaran terhadap warganet di luar sana supaya tidak membuat sebarang bentuk kontroversi tanpa sebarang bukti yang kukuh.

“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dengan apa yang korang lihat dan dengar tanpa bukti yg kukuh. 

“Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri. If u have your own opinions regardless baik ke buruk just keep it to yourself or ceritalah dengan orang sekeliling you je. Thanks,”tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, Sarah turut  memuat naik beberapa komen balas yang diterimanya sebelum.

 

Menjengah diruangan komen, rata-rata pengikut pelakon Melastik Ke Hatimu ini menyokong tindakan aktres berkenaan agar terus kuat berdepan dugaan terutamanya dalam menangani isu tersebut.

Bagaimanapun menerusi tinjauan Xtra, Puteri Sarah menerusi hantaran terkini di Instagram Story miliknya ada memaklumkan, individu terbabit telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung posting yang telah dibuat pada 17 Julai lalu.

Terdahulu, Puteri Sarah membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi) susulan gangguan ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.

ARTIKEL  BERKAITAN:“Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Bermaksiat 4 Tahun…” – Puteri Sarah Liyana ‘Sekolahkan’ Netizen Mulut Puaka

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Sokong 100%, Puteri Sarah Berhak Bersuara!” – ‘Kaki Sondol’ Suami Orang, Ini Pesanan Nad Zainal

ARTIKEL  BERKAITAN:“Kalau Dia Datang Cara Baik, Mohon Maaf & Minta Izin… Mungkin? “- Puteri Sarah Pernah Pertimbang Ira Kaza Jadi Madu

ARTIKEL  BERKAITAN:[VIDEO] Hati-Hati Dengan Istidraj… Puteri Sarah Tak Kisah Jika Syamsul Mahu Bayarkan Saman Ira Kazar

Salma Syahbuddin