Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

Seorang penceramah bebas direman polis selama lima hari bermula hari Isnin atas dakwaan terbabit kes rogol terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam selaku Timbalan Ketua Polis Selangor berkata suspek berumur 30-an itu ditahan di Ibu Pejabar Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4:50 petang.

“Kebenaran reman itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi membolehkan sisasatan lanjut ke atas suspek dapat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian pada 11:15 malam, 16 Julai lalu oleh mangsa rogol.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek sejak Mei tahun lalu.

“Bermula daripada perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.

“Setakat ini, empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak melibatkan pengadu yang sama.” katanya.

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi