“Saya Buat-Buat Baik Je Selama Ni…Terima Kasih!” – Dihina Kerana Dakwaan Aniaya Balu Abam, Ali Puteh Beri Komen Balas

Selepas balu kepada Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali berjaya membeli kereta premium jenis Toyota Vellfire baru-baru ini, rata-rata warganet tumpang gembira dengan kejayaan tersebut.

Malah ada yang menyifatkan segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Namun, disebalik kata-kata positif yang diberikan buat Hidayah, tidak kurang juga ada yang melemparkan kata-kata hinaan buat pelawak Ali Puteh yang selama ini dikatakan menjadi punca kakak iparnya itu tidak mendapat ‘hak’ yang sepatutnya hasil daripada peninggalan arwah.

Bahkan, ada yang menyifatkan, apa yang berlaku terhadap Ali sekarang ini adalah karma atas kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Bergantung Duit Simpanan, Ali Puteh Tertekan Job Batal ‘Last Minute’… Netizen Perli – “Harta Anak Yatim Jangan Buat Main”

Enggan mengambil pusing dengan kata-kata netizen, Ali menganggap segala komen negatif yang ditujukan kepadanya itu sebagai kata-kata yang membina untuk dirinya.

“Terima kasih atas ucapan itu… betul tu saya buat-buat baik je selama ni… Ramai yang cakap begitu.

“Terima kasih atas kata-kata yang membina ini,” katanya.

Terdahulu, Ali dilihat sempat berkongsi antara komen berbentuk hinaan yang diterimanya menerusi perkongsiannya di Instagram.

 

Melihat kepada kritikan tersebut, rata-rata pengikut pelawak ini tampil memberikan sokongan dan berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik oleh kedua belah pihak.

Terdahulu, kontroversi melibatkan Ali dan Hidayah mula tercetus selepas Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Dan, Hidayah juga sebelum ini pernah memfailkan saman terhadap Ali, 33, atas pertuduhan memfitnah dirinya dan keluarga,  tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Orang Boleh Kata Apa Sahaja, Namun…” – Ali Puteh Mahu Fokus Jual Ayam

ARTIKEL BERKAITAN:Balu Arwah Abam Menang Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

 

Salma Syahbuddin