Sejurus Dibebaskan Dari Ikat Jamin.. Siti Nuramira Ditahan JAWI, Bakal Didakwa Di Mahkamah Syariah Esok

Sejurus selepas dibebaskan, wanita yang didakwa membuat persembahan kontroversi menghina Islam di sebuah kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah terus ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok.

Tertuduh akan didakwa bagi tuduhan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III – Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Seksyen itu membabitkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina yang mana jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Memetik laporan Kosmo, wanita tersebut dan teman lelakinya, V. Alenxander Navin, 38, telah dibebaskan dengan membayar ikat jamin masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai di Mahkamah Kuala Lumpur.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 54 saat memaparkan Siti Nuramira telah mencalarkan agama Islam dan maruah wanita kerana bertindak membuka tudung dan baju kurung sewaktu membuat persembahan di kelab komedi CrackHouse.

Artikel Berkaitan: Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mengaku Sudah Berkahwin & Ada 7 Boyfriend, Pelawak Wanita Tampil Separuh Bogel Mengaku Tidak Bersalah… Sering Kongsi Tips Hubungan S*ks, Netizen Syak ‘Culture Shock’

Artikel Berkaitan: Cemarkan Raya Haji… Netizen Kecam Pelawak Wanita Mengaku Hafal 15 Juzuk al-Quran, Tiba-Tiba Buka Baju & Tanggal Tudung Sampai Separuh Bogel!

Sumber/foto: Kosmo

Aqilah Paharuzi