Sindir Syed Saddiq, Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar Tegas!

Susulan isu tweet Syed Saddiq yang mendapat respon daripada Dira Abu Zahar, terbaru Sharifah Amani pula tampil menegur tindakan rakan baiknya itu apabila Dira dilihat sengaja mencari pasal terhadap apa yang di tweet oleh YB Syed Saddiq di laman sosial miliknya.

Bagi Amani, beliau sendiri tidak faham kenapa Dira cuba mencetuskan kekecohan di laman sosila tersebut. Amani mengulas status Dira yang mempersoalkan kenyataan Ahli Parlimen Muar itu yang meminta penjaga gol Liverpool disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas sahaja pasukan itu mengalami kegagalan ketika menentang pasukan Real Madrid pada pagi Ahad.

Melalui komen yang dibalas oleh Amani, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan dan teguran yang dilakukan oleh pelakon Sepet itu. 

Walaubagaimana pun, kedua-duanya dilihat sangat positif apabila mengakhiri perbualan mereka dengan cara yang baik.

 

Salma Syahbuddin