Categories: Trending

Cayalah! ‘Spiderman’ Benar Wujud Di Kota Paris

Benar… ‘Spiderman’ wujud di alam realiti. Tak percaya? Lelaki ini dianggap sebagai wira apabila pantas menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tergantung dari tingkat lima sebuah bangunan pangsapuri di Paris.

Keberaniannya mempertaruhkan nyawa membuatkan warga Paris teruja apabila lelaki ini memanjat bangunan hanya dalam 40 saat untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Berdasarkan laporan media tempatan, beberapa rakaman video kejadian pada petang Sabtu itu kini tular di media sosial dengan jumlah tontonan mencecah 5 juta.

Sementara itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam kenyataan di Twitter telah menghubungi dan memberi penghargaan kepada Mamoudou Gassama.

Difahamkan juga, Mamoudou Gassama tiba di Perancis dari Mali beberapa bulan lalu untuk memulakan kehidupan baru di Paris.

Hidalgo berkata tindakan Mamoudou Gassama perlu dicontohi dan beliau bersedia membantunya untuk menetap di Perancis. Syabas Mamoudou!

SGMS Faida