Instagram Bakal Dedah Ciri Muzik Di Instagram Stories Tak Lama Lagi

Kaki Instagram yang rajin upload Stories dan tambah bermacam emoji, tak lama lagi korang boleh menambah lagu latar belakang berdasarkan ada laporan mengatakan mereka menemui ‘kod’ dalam aplikasi tersebut untuk platform Android.

‘Music stickers’ bakal membolehkan korang mencari dan menambah lagu ke dalam Stories, berterima kasihlah pada tawaran pelesenan label rekod utama yang melanda Facebook, baru-baru ini.

Instagram turut mencuba cara bagaimana untuk mengesan lagu yang sedang korang dengar secara automatik dan memaparkan tajuk serta penyanyinya.

Stickers muzik yang boleh didengar menjadikan Instagram Stories korang lebih cool dan menarik untuk dilihat. Video rakaman amatur juga boleh bertukar menjadi muzik video DIY jika anda bijak menyesuaikan genre lagu dengan video bersesuaian.

Malah, Instagram Stories juga bakal membenarkan perkongsian terus dari aplikasi pihak ketiga seperti Spotify dan SoundCloud. Justeru, stickers ini bakal memberikan pengalaman baharu untuk meneroka ciri muzik di Instagram. Bestkan?

Sumber | Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal