Wow! Anak Teman Kajol Rasmi Patung Lilin

Umum tahu, Kajol mempunyai seorang anak dara yang sedang menyambung pengajian di Kota Singapura.

Oleh demikian, pelakon Bollywood itu mengambil kesempatan mengajak anaknya untuk merasmikan patung lilin dirinya yang terletak di Muzium Madamme Tussauds di Singapura.

Ini merupakan pertama Kali, Nysa menemani ibunya ke acara rasmi seperti itu.

Masih lagi jelita, pelakon berusia 44 tahun ini tampil menawan dengan mengayakan sari moden berwarna hitam pada acara tersebut.

Pelakon filem terkenal itu juga dilihat gembira dengan hasil patung lilin yang tidak tumpah dengan dirinya yang sebenar.

 

SGMS Faida