Tak Mahulah Hero Sama Saja…

 

Enggan lagi dibayangi populariti Zul Ariffin, pelakon Farah Nabilah mahu berusaha terus mencari karya bermutu untuk mengekalkan momentum dalam industri.

Nama Farah yang sebelum ini membintangi drama rantaian popular, Titian Cinta mula meniti di bibir peminat selepas kejayaan drama itu.

“Secara jujur, saya takut kalau diri ini terus menyepi selepas menghasilkan satu produk saja,” kepada BH Online.

Biarpun gagal membolot trofi bagi kategori Pasangan Pilihan pada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018, baru-baru ini, Farah percaya ada hikmahnya mengapa dia dan Zul tidak menang.

“ Mungkin ada hikmahnya saya dan Zul tidak menang bagi kategori itu kerana saya tidak mahu dibayangi oleh seorang hero saja.

“Saya enggan terus dibayangi Zul kerana saya mahu bergerak sendiri,” katanya sambil menambah drama Titian Cinta memiliki tenaga produksi yang mantap.

Pada DFKL 2018, drama Titian Cinta menggondol empat trofi iaitu kategori Pengarah Pilihan yang dimenangi Heykal Hanifah; Aktor Pilihan (Zul); Skrip Pilihan (Farhana Fauri) dan Lagu Tema Pilihan iaitu Sumpah Cintaku (Asfan).

SGMS Faida