Single ‘Hari Baru’ Pasya Jadi OST Kampung People 3

Penyanyi Pasya atau nama sebenarnya, Faizul Ashraf Fauzi kini muncul dengan single terbaharunya berjudul Hari Baru.

Lebih menarik lagi, lagu itu telah menjadi runut bunyi bagi drama Kampung People 3 yang disiarkan di slot Lestary TV3 pada pukul 9.00 malam pada setiap hari Rabu hingga Sabtu.

Menurut Pasya, dia bertuah apabila lagunya terpilih untuk dijadikan lagu tema sebuah drama.

“Saya teruja dan rasa bertuah kerana lagu saya iaitu Hari Baru menjadi lagu runut atau OST bagi drama komedi keluarga Kampung People 3,” kata Pasya.

Tambah Pasya lagi, lagu ini dapat memberikan inspirasi kerana liriknya sangat dekat dengan kehidupan seharian pendengar dalam mengharungi dugaan hidup.

Tambah Pasya lagi, lagu ini dapat memberikan inspirasi kerana liriknya sangat dekat dengan kehidupan seharian pendengar dalam mengharungi dugaan hidup.

“Lagu ini beri inspirasi kepada mereka di luar sana kerana liriknya menyentuh tentang kehidupan seharian.

“Saya yakin pasti ramai yang pernah melalui saat-saat getir dalam kehidupan. Lagu ini banyak memberi dorongan kepada mereka untuk terus bertahan dalam mengharungi kehidupan,” katanya lagi.

Muzik video bagi Hari Baru boleh ditonton di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talents yang telah dilancarkan bermuala 1 Disember lalu.

 

 

Halimey Zamal