Sinus Semakin Baik Selepas Pembedahan, Zarina Zainuddin Mengaku ‘Repair’ Hidung

Pelakon Zarina Zainuddin mengaku membetulkan bahagian hidung untuk kelihatan lebih cantik selepas ia terjejas akibat pembedahan sinus.

Membuang cecair pada bahagian wajah yang terjejas akibat penyakit itu, Zarina menjawab cakap-cakap netizen yang mendakwa dirinya membuat pembedahan.

“Selepas saya membuang cecair pada bahagian hidung, saya hanya betulkan hidung saya sedikit saja. Namun, tak adalah sampai menukar bentuk hidung.

“Bukan apa, kerjaya saya sebagai pelakon, saya tidak mahu bahagian muka terjejas akibat pembedahan membuang cecair pada bahagian hidung.

“Apa yang diubah itu bukanlah begitu banyak sehingga terlalu berbeza. Kalau betul saya nak ubah betul-betul, baik saya tegakkan saja hidung saya, selepas itu mancungkan hidung,” kata Zarina.

Disoal mengenai tahap kesihatan terkini, pelakon Budak Tebing ini menzahirkan rasa syukur apabila masalah sinus yang dihidapinya itu semakin pulih.

“Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal.

“Masa saya operate dan buka di bahagian hidung doktor dah buang cecair tersebut, tetapi katanya cecair itu akan bergerak. Migrain saya pun sudah semakin baik.

“Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya anak saya, Azal ada sinus. Masa saya pergi luar negara, cuaca sejuk sehingga buat hidung saya jadi gatal. Kemudian jumpa doktor dia kata itu sinus,” ujarnya.

Terdahulu, Zarina menjadi perhatian apabila rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap bentuk hidung Zarina yang kelihatan tidak seperti sedia ada.

Tidak berdiam diri, Zarina tampil memberi penjelasan dengan menyatakan dia mengalami masalah sinus yang teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat Saya Nak Ke Macam Ni? Macam B*bi Tonyok Je” – Tersinggung Dituduh Buat Hidung, Zarina Zainuddin Jelas Alami Masalah Sinus & Migrain Teruk

Khairil Khusyairi