Susulan Tumbuk Isteri Hingga Cedera, Hafidz Roshdi Bakal Didakwa Isnin Depan

Pelakon Hafidz Roshdi akan didakwa di mahkamah pada Isnin ini susulan menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa Hafidz akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu didakwa menumbuk isterinya pada bahagian mata sebanyak tiga kali sehingga cedera.

Insiden itu berlaku di R&R Sungai Buloh dan dipercayai dia menumbuk Shuhada kerana menjawab panggilan telefon ketika sedang dalam perbincangan.

Sehubungan itu, Hafidz telah ditahan kira-kira jam 12 tengahari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Namun begitu, Hafidz dibebaskan dengan jaminan polis seusai keterangan diambil pada petang hari yang sama.

Artikel Berkaitan: Pipi Bengkak & Terkoyak, Nurul Shuhada Kongsi Foto Keadaan Muka Ditumbuk Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: “Kekasih Hati Takut Dikecam Lagi Sebab…” – Nurul Shuhada Dedah Punca Ditumbuk Hafidz Roshdi!

Artikel Berkaitan: Pipi Koyak Ditumbuk, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Bersuara – “Hiduplah Kau Dengan Bayang Aku Sampai Mati… Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Ini!”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari