Sistem Urat Saraf Anak Abam Rosak, Mulut Berbuih & Bilik Bau Bangkai Didakwa Terkena Sihir

Abang kepada balu arwah Abam Bocey,  Siti Nor Hidayah Mohd Ali iaitu Mohd Azmier Zmier mengesahkan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey telah menjadi mangsa gangguan sihir sejak bayi lagi.

Menurutnya yang lebih mesra disapa sebagai Ayah Jang, adik dan anak saudaranya itu terkena sihir sejak kematian Abam pada 10 Februari 2020.

Dan, sehingga kini anak saudaranya itu terpaksa keluar masuk hospital termasuklah sering diganggu setiap malam.

Lebih menyedihkan, Hamzah kini difahamkan mengalami sakit saraf sehingga mulut berbuih akibat penangan sihir yang dihantar.

Perkara tersebut dikongsi Azmier menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya.

“Mana Ayah Jang tak sedih tengok keadaan ucuk (panggilan untuk Hamzah) biasa tangan kanan sihat sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh, hilang selera Ayah Jang tengok keadaan ucuk kesayangan. Sanggup kau buat anak ayah… Sabar ya sayang, Ayah Jang akan usaha sihatkan ucuk supaya boleh menulis dan melukis dan  memegang macam biasa. Orang yang sihir anak ni akan terima balasan Allah dan binasa.

“Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal. Dari dia baby kau sihir, ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur. Masa dekat dalam ward pun kau sanggup hantar sihir, sampai bau bangkai dalam bilik dia.

“Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia mcm ni? Kau asyik hantar sihir dekat budak ni… dulu dia sehat je, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir cuba nak sakitkan urat saraf sampai berbuih mulut dia kau buat!,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Azmier sempat memuat naik video Hamzah yang kelihatan tidak cekap memegang sudu untuk menyuap makanan ke mulutnya.

“Sekarang aku dah tak boleh tahan dengan kau, selama ni aku diam je tak nak bagitau sesiapa tapi keau memang dah melampau.
“Sanggup kau buat dekat budak yang tak tahu apa-apa? Dasar pengecut! Budak bukan lawan kau.Dengan budak kau berani la sihir-sihir mari sini kau! Berlawan dengan aku!
“Apa yang kau nak sebenarnya ya penyihir!! ALLAH BERSAMA KU , KAU BERMAIN DENGAN SYAITAN,” tulisnya.
Dalam pada itu, Azmier berharap dan berdoa semoga ada keajaiban buat Hidayah dan Hamzah untuk kembali sihat dan menjalankan aktiviti seperti biasa.
Terdahulu, Hidayah dalam satu hantaran di Instagram miliknya meminta bantuan sesiapa yang pakar dalam perubatan islam untuk merawat sihir pada dirinya dan Hamzah.

ARTIKEL BERKAITAN:“Gangguan Misteri Ni Sejak Abam Meninggal” – Dakwa Terkena Sihir, Hidayah Minta Bantuan Rawat Diri & Anak

 

Salma Syahbuddin