Siti Alami Kehilangan Banyak Darah!

Setiap ibu yang bersalin mempunyai pengalaman  dan risiko berbeza saat melahirkan anak. Begitu juga yang dialami oleh penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39 tahun.

Saat melalui proses pembedahan semasa bersalin Siti mengalami kehilangan darah yang banyak.

Namun, dengan kecekapan doktor yang pantas menggantikan semua daah yang hilang menjadikan keadaan saya kembali normal,” cerita Siti pada majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik di kediamannya di Bukit Antarabangsa malam semalam.

Kredit: Instagram Siti Nurhaliza

Memetik laporan BH Online,  Siti menambahkata, ‘Seharian saya berada di wad bersalin di bawah pengawasan doktor sebelum dipindahkan ke wad biasa.”

Plantun lagu ‘Comel Pipi Merah’ yang diterbitkan khas buat puteri tercinta, Siti Aafifah ini  turut memberitahu, kesan luka yang dialami akibat pembedahan masih belum sembuh namun demi anak tersayang beliau bersemangat melawan kesakitan dan mampu berjalan selepas tiga hari.

Siti mengakui sebagai seorang wanita dan ibu, setiap  situasi yang dilalui adalah satu pengalaman indah bahkan sebaik menatap wajah anak, serta merta segala rasa sakit hilang.

Isteri kepada Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa ini melahirkan Siti Aafiyah yang digelar Fatimah Az-Zahra pada awalnya pada 19 Mac lalu dan kini sedang menjalani proses berpantang sebelum kembali aktif menjelang akhir tahun ini.

SGMS Fas