Siti Nordiana – Khai Bahar Bakal Bersatu Tahun Depan?

Baru saja tampil dengan single Hatiku Milikmu pada pertengahan tahun ini, lagu berkenaan dilihat gagal menandingi populariti lagu sebelumnya, Terus Mencintai.

Namun begitu, pemilik nama Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana mengatur strategi agar namanya terus kekal relevan dengan tampil dalam sebuah projek bersama penyanyi popular Khai Bahar. 

“ Insya Allah pada awal tahun depan, kami akan berduet dalam sebuah lagu. Lagu sudah disiapkan dan hanya tunggu untuk masuk studio rakaman sahaja.

“ Lebih menarik, lagu ini diciptakan sepenuhnya oleh Khai Bahar sendiri. Doakan lagu kami ini mendapat tempat di hati pendengar nanti,” katanya kepada xtra.com.

Dalam perkembangan lain, Nana turut memaklumkan dia dan Khai dalam perancangan mengadakan konsert bersama di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

“ Segalanya masih dalam perancangan awal. Insya Allah jika segalanya berjalan lancar, Nana akan umumkan kepada pihak media dan peminat. Doakan agar semua dipermudahkan ya,” akhiri Nana.

Saksikan Nana dalam program Mentor 7 setiap Ahad jam 9 malam hanya di TV3 dan saluran Tonton. Jangan lupa untuk undi protege kegemaran anda di www.xtra.com.my/mentor.

SGMS Faida