Categories: Oh Lawa

Kylie Jenner Dinobat Sebagai Ikon Fesyen 2018

Setiap pakaian yang disarungkan oleh Kylie Jenner sepanjang tahun ini menerima carian tertinggi di Google. Kylie dinobatkan sebagai selebriti wanita paling berpengaruh dalam fesyen tahun ini menewaskan Chiara Ferragni dan Meghan Markle!

Menerusi carta Lyst’s Year in Fashion 2018, Kylie mendahului selebriti lain selepas setiap pakaian yang digayakan Kylie menerima permintaan tinggi oleh peminat dan menjadi sebutan.

Foto: Hondudiario

Malah mini dress warna pink yang dipakai oleh Kylie ketika sambutan hari jadinya menerima carian tertinggi dalam masa 48 jam di Internet. Carian seperti ‘pink dresses’, ‘Kylie Jenner Pink Dress’ dan ‘Kylie Jenner Pink Mini Dress’ menjadi kata carian yang banyak ketika itu!

Foto: romper.com

Kylie juga memberikan keuntungan yang banyak kepada setiap jenama pakaian yang digayakan seperti Adidas tracksuits, kacamata jenama Dior, pakaian dalam Victoria’s Secret dan gaun daripada Alexander Wang.

Foto: Refinery29

Kylie yang juga pengusaha kosmetik berjaya sering tampil dengan gaya yang berani, seksi dan kasual. Kylie bukan kali pertama tersenarai dalam kategori ini, cuma tahun ini menjadi miliknya. Selain Kylie, Kim juga tersenarai dan berada di tempat kedua, di belakangnya.

Meghan Markle berada di kedudukan ketiga, diikuti Cardi B, Beyoncé, Serena Williams, Chiara Ferragni, Blake Lively, Rihanna dan Ariana Grande.

Sumber: Cosmopolitan

Yanie Baharom