Categories: HiburanSelebriti

Siti Sarah Masuk Hospital Selepas Shuib Undur Diri Dari Sinar FM

Shuib Sepahtu atau nama penuhnya Shahmira Muhamad yang juga penyampai radio Sinar FM pagi tadi mengumumkan dua berita mengejutkan untuk peminat-peminatnya melalui perkongsian di Instagram Live.

Selain berita penguduran dirinya sebagai penyampai radio di steses radio Sinar FM, berita mengenai kesihatan isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang dikejarkan ke hospital malam tadi akibat tekanan darah rendah turut mencuri tumpuan para peminat pelawak popular tersebut.

Shuib bagaimanapun memberitahu bahawa keadaan kesihatan isterinya itu semakin stabil selain turut berterima kasih kepada peminatnya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Sarah. Malam tadi, keadaan dia sangat membimbangkan.

“Tapi pagi ini sudah okay… Alhamdulillah, dia sudah stabil. Mujur selamat sempat tiba di hospital. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi.

“Tekanan darahnya turun pada tahap yang membimbangkan,” katanya.

Shuib kemudian turut berkongsi berita bahawa hari ini adalah hari terakhir dia berada di konti Sinar FM sebagai penyampai radio di stesen tersebut.

“Sepatutnya, saya berada di konti pagi ini tapi kena jaga isteri, tak dapatlah (bekerja).

.

SGMS Enal