Categories: HiburanSelebriti

Vin Diesel Pelakon Termahal 2017 RM6.5 Bilion

Tahun ini menyaksikan dua bintang utama filem Fast and Furious 8, Vin Diesel dan The Rock dinobatkan sebagai pelakon termahal untuk tahun 2017.

Filem box office itu juga meletakkan Vin Diesel di tempat pertama dengan pendapatan tertinggi sebanyak AS$ 1.6 bilion (RM6.5 bilion).

Sumber pendapatan Vin Diesel juga turut dipengaruhi oleh dua buah filem lakonannya iaitu xXx: Return of Xander Cage dan Guardians of the Galaxy Vol.2.

The Rock menduduki tempat kedua dengan jumlah pendapatan AS$ 1.5 bilion (RM6 bilion). Tahun lalu The Rock dinobatkan pelakon termahal, namun jatuh di tempat kedua memandangkan filem Baywatch lakonannya gagal mendapat kutipan pecah panggung.

SGMS Enal