Categories: LIFESTYLE

Penyebab Bahu Sakit Tiba-Tiba

pelbagai punca boleh menyebabkan bahu anda tiba-tiba sakit. Kami kongsikan beberapa sebab yang boleh menjadi punca bahu anda sakit.

1. Ada ‘Benda’ Bergayut

Ini kalau mengikut kepercayaan sesetengah masyarakat Melayu, pasti ada yang mengandaikan bahawa bahu anda ada ‘benda’ menumpang. Namun sebenarnya sebagai seorang yang bijak, kita janganlah terlalu cepat mempercayai sesuatu sebelum berjumpa dengan pakar untuk bertanya.

2. Cara Salah Angkat Barang

Ini adalah antara salah satu sebab mengapa seringkali kita ditimpa masalah ini. Maklumlah, persekitaran kerja yang mahukan semuanya dilakukan dengan cepat kadang-kala mampu memberi kesan kepada diri kita.

Nampak macam perkara kecil, namun cara mengangkat barang yang salah sebenarnya perlu dititikberatkan. Kalau tidak, silap-silap boleh memberi kesan di hari tua.

3. Badan Sudah Penat, Lama Tak Urut

Tidak dinafikan, dengan bebanan kerja yang banyak kadang kala kita lupa untuk memanjakan diri. Badan pun perlukan masa untuk berehat dan lagi best kalau dapat massage 

SGMS Enal