Categories: HiburanSelebriti

Kata Gangster, Sekarang Baby Sitter Pula?

Kali terakhir muncul di layar perak, Zizan membawakan watak seorang gangster melalui Abang Long Fadil, tetapi lain pula kali ini. Membawa watak yang menampilkan sisi ‘lembut’, Zizan Razak melakonkan watak sebagai seorang ‘bapa segera’! Wah, tengah berlatih ke tu?

Bergandingan bersama pelakon Shaheizy Sam, filem televisyen (FTV) Baby Bro! mengisahkan tentang kehadiran Baby D yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan Joe (Shaheizy Sam) dan Sharm (Zizan Razak).

Tidak diketahui dari mana asal usul Baby D, usaha kedua pemuda ini nampaknya buntu yang mana akhirnya mereka terpaksa menjaga bayi itu buat sementara.

Boleh tak agaknya Joe dan Sharm melayan kerenah Baby D? Sampai bila dan dapatkah mereka mengesan ibu bapa Baby D itu nanti? Segalanya akan terjawab bermula 30 November 2017 . Baby Bro! diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar turut menampilkan Izara Aishah, Aaisyah Dhia Rana (anak pasangan selebriti Che Ta dan Zain Saidin). 

SGMS Putri