Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan aktor kacak, Adam Lee yang mengimbas kembali momen-momen ketika di sekolah dulu.
Wah, Adam dekat sekolah dulu macam manalah kan? Agak-agak ramai yang terpikat tak? Apa yang menarik, Adam dulu sekolah sukan tau. Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sekolah Menengah Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Haa kalau nak tahu apa momen-momen best Adam dekat sekolah dulu, baca sampai habis tau!
“Dulu saya pernah bergaduh sebab benda bodoh. Fasal buku teks je pun.
“Bila keluar je sekolah, saya teringat balik rasa macam ‘alamak apa bendalah yang aku bergaduh fasal buku teks dulu’! Hahaha.
“Saya ada kelebihan untuk bercakap bahasa Mandarin. Saya buat kawan dengan ramai kawan bangsa Cina.
“Ketika bulan puasa, kawan yang bergaduh sekali dahulu tiba-tiba nak berbuat baik dengan saya semata nak minum sekali dengan kawan-kawan Cina. Kiranya macam ponteng puasalah.
“Itu memang momen tak boleh lupalah!
“Dah nama pun sekolah sukan kan, of courselah kena main sukan.
“Dulu saya main hoki, wakil sekolah je. Tapi bestlah bila jumpa player-player dari sekolah lain!
“Jadi inilah momen saya waktu sekolah dulu. Zaman dah berlalu, ‘so life must go on’!
Haa macam mana momen-momen Adam dekat sekolah dulu? Menarik bukan!
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Tak sabarnya nak tengok nanti! Jom sertai
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua