#SkoolXTRA Pernah Kantoi Dengan Cikgu & Kena ‘Reject’ Gara-Gara… Ini Memori Siti Khadijah Halim Ketika Di Sekolah

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan pelakon cantik, Siti Khadijah Halim yang mengimbas kembali momen-momen ketika di sekolah dulu!

Wah, siapa je tak kenal Siti Khadijah kan..katanya dulu Siti Khadijah anak manja…betul ke Siti?

Haa kalau nak tahu apa momen-momen best Siti dekat sekolah dulu, baca sampai habis tau!

Siti bawa handphone

“Siti tak pernah bawa handphone ke sekolah. Ni time sekolah menengah lah tapi akhir tahun saya bawa juga. Hahaha.

“Ingat lagi time tu cikgu bahasa Inggeris nampak saya bawa handphone dengan makanan time kelas. Pergh kena marah….’Siti Khadijah..I saw you’. Tapi saya lupa lah nama cikgu tu.. harap dia sihat!

Pernah kena reject

Biasalah dulu time sekolah cinta-cinta monyet. Ada minat-minat sikit dekat student lelaki lain.

Tapi cinta saya tak berbalas. Apa yang i buat? I move on je lah..hidup kena move on! Tak begitu?

Happy mak ayah hantar ke sekolah

“Benda ini agak biasa tapi saya happy bila mak ayah saya hantar pergi sekolah.

“Saya anak manja. Bongsu pula…so bila my mom hantar pergi sekolah tu saya memang hargai sangat-sangat.

“Saya harap sangat adik-adik diluar sana lebih hargai ibu bapa. Bila dah besar nanti korang akan rindu zaman sekolah dulu.

Haa! Macam mana momen-momen Siti Khadijah dulu…rasanya semua pernah alami kan? Apa-apa pun dengar pesanan Siti Khadijah okay!

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Selalu Datang Lambat & Pernah Bergaduh Dengan Rakan Baik… Ini 3 Memori Sharifah Rose Ketika Di Sekolah

Khairil Khusyairi