Jernihkan Hubungan Puteri Sarah & Ira Kazar? Syamsul Yusof; “Keadaan Masih Huru Hara, Nanti Saya Kena Baling…”

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menjawab persoalan berhubung usahanya untuk memperbaiki hubungan silaturahim antara isteri pertama, Puteri Sarah Liyana dan isteri keduanya, Ira Kazar.

Memetik video temubual bersama mStar, Syamsul berkata dia perlu berbaik dengan Puteri Sarah terlebih dahulu kerana keadaan sangat huru hara.

“Keadaan sedang huru hara, saya yang kena baling periuk nanti. Sebenarnya, itu adalah salah satu cara dulu, saya perlu berbaik dengan isteri saya.

“Tapi malangnya… dot dot dot la. Tapi apapun saya anggap segala yang berlaku ini adalah ujianNya,” jawabnya.

Dalam masa yang sama, bapa kepada dua anak ini akur dan menerima segala ujian yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta disamping kejayaan tidak putus diraih selama ini.

“Saya dah lama tak buka media sosial. Kalau buka pun hanya untuk muat naik setengah benda melibatkan kerja. Kehidupan saya begini saja. Bahagia atau tidak? Saya hanya boleh kata Alhamdulillah.

“Saya pegang pada satu perkara dimana saya tahu dalam hidup saya ada momen begini akan sampai. Sebab selama ini Allah SWT tak putus-putus beri saya rezeki dan kejayaan.

“Saya banyak kali beritahu diri saya Allah tak akan bagi begitu saja, mesti akan ada ujianNya. Jadi mungkin inilah dia. Saya terima segalanya dengan hati terbuka, tapi perlu buat perkara yang perlu,” jelasnya.

Sebelum ini, Syamsul mendedahkan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana mempunyai hubungan bersama bekas kekasihnya yang juga berstatus suami orang.

Puteri Sarah bagaimanapun mempersoalkan tindakan Syamsul atas tuduhan tersebut serta mengingatkan terhadap kes Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar disiasat untuk kes persetubuhan luar nikah.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

ARTIKEL BERKAITAN:  Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Yusof Fail Nusyuz – “Kenapa Baru Sekarang Selepas 4 Tahun Bermasalah?”

Kredit: TikTok mStar

Aqilah Paharuzi