“Tolong Berhenti Jadikan Orang Kurang Cerdik & Perbuatan B*h*lol Famous” – Joe Flizzow Tuju Pada Siapa?

Penyanyi rap, Joe Flizzow memberitahu secara umum untuk berhenti menjadikan orang kurang cerdik terkenal dan memberi terlalu banyak perhatian kepada mereka.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia juga meminta agar pihak media untuk tidak membuat liputan tentang orang-orang yang kurang cerdik yang kemudiannya melonjakkan nama mereka.

“We have to stop making idiots, stupid people famous. You got what I mean?

“Kepada kawan-kawan media, tolong lah tak payah nak bagi banyak sangat liputan kepada orang-orang yang kurang cerdik,” ujarnya.

Menurutnya, kenyataan itu adalah untuk seseorang namun dia tujukan secara menyeluruh kepada semua pihak.

“Kenyataan ini sebenarnya ada (untuk seseorang) tapi tidak ditujukan kepada siapa-siapa in particular tapi secara menyeluruh.

“Tolong lah berhenti jadikan orang yang kurang cerdik dan perbuatan bahalol famous. Thank you,” tegasnya.

Maya Basir