Sofyank & Amerul Affendi Bergabung Pakai Ilmu ‘Dr Strange’?

Personaliti media sosial Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah, 26, telah berkolaborasi bersama pelakon, Amerul Affendi dalam sebuah video terbaru.

Sofyank yang dikenali dengan video-video suntingan yang penuh ‘trick’ kali ini mempersembahkan teknik yang menggunakan kuasa karakter di dalam filem Dr. Strange bersama Amerul.

Menerusi video berdurasi 1:05 minit itu mempamerkan Amerul yang cuba memasuki kereta dengan menggunakan kuasa magis Dr. Strange yang membolehkannya menembusi pintu kereta.

 

Gambaran kuasa ‘Dr Strange’ hasil suntingan yang dibuat oleh Sofyank benar-benar membuatkan kuasa magis yang ditunjukkan menjadi.

Sementara itu, Amerul menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya mengucapkan penghargaan kepada Sofyank atas kolaborasi ini.

“Seronok juga buat benda ini. Mungkin boleh try short film pula tengok pergi dia macam mana,” tulis pelakon filem Prebet Sapu ini.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji hasil suntingan video Sofyank.

Peminat juga berharap agar ada lagi kolaborasi antara Sofyank dan Amerul.

Setakat ini, video itu meraih lebih 23,000 tontonan di laman Instagram.

Arfah