Status ‘Maaf, Saya Mula Penat’ Ardell Terus Jadi Tanda Tanya

“ Maafkan saya jika ada yang terasa hati apabila tidak membalas mesej atau menjawab panggilan telefon,” demikian luah pelakon Ardell Aryana di laman Instagramnya.

Status kesihatan pelakon berusia 28 ini menjadi bualan netizen apabila dia katakan tenat akibat kanser.

“ Sejak akhir-akhir ini, saya tidak lagi banyak bercakap. Saya mula penat apabila memaksa diri bercakap dan bertemu orang.

“Saya hanya insan biasa yang memerlukan masa untuk diri sendiri. Terlalu banyak tekanan yang saya lalui. Saya juga ada perasaan.

“ Buat masa ini, saya hanya melakukan perkara yang saya mahu buat,” luahnya.

Ardell itu memberitahu disebabkan keadaan kesihatannya itu, dia mengambil keputusan untuk mengelak seketika daripada bertemu orang ramai.

Ardell sebelum ini, dikatakan menderita sakit kanser, namun persoalan itu masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

“ Keluarga saya juga terasa kerana ada masanya, saya tidak bercakap dengan mereka.

“ Ada masa saya bercakap dan bergelak, tetapi tidak selalu. Saya hanya berkongsi apa yang perlu dan bukan untuk meraih simpati.

“Jauh di sudut hati saya menghargai setiap sokongan dan doa yang diberikan. Terima kasih kerana memahami,” katanya.

SGMS Faida