Stress Sehingga Kesihatan Diri Terganggu, Doktor Ingat Elfira Loy Mengandung Lagi – “It’s Time To Rest”

Akibat terlalu banyak berfikir, doktor menyarankan pelakon Elfira Loy untuk berehat selepas menyedari kesihatannya terganggu sejak kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira telah memuat naik fotonya yang berada di hospital dan menjelaskan keadaan semasanya yang kini kembali stabil.

“It’s time to rest. Posting it here to remind myself my body needs rest when i feel i need to rest. and too much thinking can hurt me too.

“Dr cakap ” awak ada fikir banyak sangat ke ” terus mata berkaca . Yes i said. Stress ? , Yes .

“Okok. So He pescribed me with ubat ” relax ” which is xanax/lorazepam . & ubat ” pening ” which is ubat for vertigo,” tulisnya.

Elfira juga turut berkongsi simptom-simptom awal yang dialaminya sebelum nekad untuk ke klinik dan mendapatkan nasihat doktor.

“Symptoms that i got awal awal was just feeling unstable every 5-10mins. lepastu the next day i thought im feeling much better tapi i accidentally hit a car’s side mirror tapi sempat tarik . tak sedar pun macammana jadi.

“Tapi i teruskan dengan meeting i. So after meeting , I went back home and rest sempat unpacked barang dekat cyber kejap je. Then i balik my mom’s house baru i bagitau dia. Masa ishak , i macam sakit perut .

“Lepastu i ciri birit . I ambik wudhuk cepat cepat and solat lepastu masa solat ni i feel like so hard to breathe and sakit sangat abdomen i , tetiba muntah. lepas muntah twice.

“drink a lot of water lepastu terus i tidur je malam masa tidur tu terus i rasa dunia pulak berputar and macam dilanda ombak and rasa nak terjatuh jatuh. Takut sengat sebab i still pegang Aria. I was sweating too that night. Tu yang terus i pegi hospital,” jelasnya.

Selain itu, pelakon itu juga meluahkan rasa bersyukur kerana tiada masalah kesihatan yang serius yang dialaminya dan perlu berehat secukupnya.

“Nasib baik all result came okay , Alhamdulillah. I just need more rest & drink more water. Tapi kalau berterusan lagi in two days i have to go for ct scan , which i dont want so please doakan i ok,” katanya.

Hasil tinjauan di Instagram Story pula, pada awalnya doktor berfikir pelakon itu hamil lagi, namun Elfira menafikan dan nekad untuk membuat pemeriksaan.

Elfira turut menyatakan dia perlu kuat demi menjaga anaknya, Nur Aria Mikayla yang masih menyusu badan.

Fatin Nurain