Uyaina Arshad Nikmati Proses Selepas Bersalin – “I Just Love Lauk Pantang”

Selepas seminggu melahirkan, pelakon Uyaina Arshad kelihatan seronok menikmati proses berpantang di Instagram.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Uyaina kini aktif memuat naik momen ketika berpantang dan mengakui dirinya berselera untuk makan masakan yang disediakan oleh ‘confinement lady’.

Dalam pada itu, isteri kepada Raja Syahiran itu juga kerap berkongsi dan memberi ulasan produk yang digunakannya selepas bersalin.

Sebelum itu, Uyaina juga memaklumkan dirinya kurang tidur sejak melahirkan putera sulungnya, Raja Urhan menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

“As real as it can be. Exactly 1 week after becoming a mother to Raja Urhan. Sleepless nights.. Sleepless nights,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji kecantikan semula jadi pelakon itu sepanjang berpantang biarpun tanpa make up.

“Been there, you got this mom!! Sending hugs and love,” komen Elisya Sandha.

“Lawa sgt tanpa make up. Strong mama,” komen peminatnya.

“Still so beautiful with the naked face. Natural beauty. Stay strong mama!,” komen pengikutnya.

Fatin Nurain

Recent Posts