Hiburan By: Padin January 1, 2022 @ 6:51pm

Suami Anita Baharom Meninggal Dunia Dalam Tidur

Pelakon Anita Baharom, 38, memaklumkan khabar duka suaminya, Ismadi Ismail, 50, menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Difahamkan, arwah suami Anita meninggal dunia di dalam tidur ketika berada di ruang tamu kediaman mereka.

“Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa dari saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,” tulis Anita menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya.

Mendirikan rumah tangga semenjak 16 tahun lalu, perkahwinan Anita dan suami dihiasi dengan kehadiran tiga orang anak iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Arwah suami Anita pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran di TV3 dan penerbit penyelaras di stesen televisyen berbayar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 7 Feb 2020

“Comel sangat roti pelangi ni, sayangnya nak makan…”

Agak-agak rasa macam Paddle Pop tak?

Contest Wed, 24 Oct 2018
Featured Thu, 7 Apr 2022
Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Arif Jiwa Bakal Saingi Populariti Tok Ti?

Lepas dah menang anugerah, sudah pasti banyak jenama atau produksi yang ‘mengintai’ Arif untuk menjadi duta atau berlakon kan? 

Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Ifa Raziah Takut Pakai Barang Kemas RM3.5 Juta?

Siap ada bodyguard untuk jaga barang kemas ye!

Trending Mon, 18 Apr 2022

“Selepas Rawatan Ke-4, Kulit Muka Seperti Bersisik…” – Wanita Mengadu Sakit Selepas Jalani Rawatan Drip Pemutih Kulit

Kerana ingin cantik, kesan buruk masa jangka panjang menggunakan drip pemutih kulit.

Trending Wed, 17 Jan 2018

6个月的宝宝打针喊「真疼啊」众人惊呆

微博近日流传一段影片,一名6个月大的婴儿去打针,护士打完将针头拔出来,然后用棉花棒按住,婴儿一直大哭,抱着婴儿的男子试图安抚,忽然婴儿大叫一声「真疼啊」,把一旁的人逗笑了。

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

error: Content is protected !!