Categories: HiburanSelebriti

Suami Beri Intan Najuwa Kuda Sempena Hadiah Ulang Tahun, Peminat Berseloroh – “Another Level Lah Aura Dia Lepas Ni!”

Pelakon Datin Intan Najuwa telah menerima seekor kuda berwarna putih pemberian suaminya, Datuk Azraf Azman sempena hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-26 tahun.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Intan menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Intan kelihatan sangat teruja bertemu dengan kudanya yang diberi nama Trulala buat pertama kali.

Menurut Intan, itu merupakan hadiah ulang tahun kelahiran yang terbaik pernah diterimanya.

“The best birthday gift ever from Husband. Welcome to the fam bam, Trulala,” tulisnya.

@intannajuwaaaThe best birthday gift ever from Husband 🥺💝 Welcome to the fam bam, Trulala 🐎♬ original sound – hello

Kagum melihat kehidupannya selepas berkahwin, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen

Terdahulu, Intan dan Azraf telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos dengan mas kahwin sebanyak RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000.

Fatin Nurain