“Terima Kasih Kerana Awak Dah Timbulkan Satu Lagi Masalah” – Ciapan Mimi Lana Tuju Pada Siapa?

Pelakon jelita, Mimi Lana meluahkan rasa hati menerusi ciapan di platform X (Twitter).

Tunang kepada aktor Syafiq Kyle itu berkata, dia tidak pernah mengganggu kehidupan orang.

Ciapan berbaur kecewa itu juga seakan memberi bayangan aktres terbabit sedang menghadapi ujian yang sangat berat dalam kehidupannya.

“Saya tak pernah kacau hidup orang apatah lagi menyakiti hati orang.

“Terima kasih kerana awak telah menimbulkan satu lagi masalah di kala saya sedang menghadapi ujian yang sangat berat di dalam hidup ketika ini.

“But don’t underestimate my silence,” tulisnya.

Walaupun meluahkan perasaan kesal terhadap seseorang, Mimi tidak menulis sebarang nama.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Mimi telah pun memadam ciapan tersebut.

Terdahulu, nama Mimi terpalit kontroversi kerana pembatalan perkahwinannya bersama Syafiq.

Tanpa ada sebarang alasan, Mimi dah Syafiq masih belum memberi respons jelas terhadap berita pembatalan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

ARTIKEL BERKAITAN: “Bazir Masa Nak Fikir Pasal Cinta, Yeah Aku Sakit!” – Muat Naik Video Di IG, Mimi Lana Cetus Spekulasi

 

Aqilah Paharuzi