Suami Boleh Faham, Ifa Raziah Pelik Orang Luar Yang Lebih ‘Over’

Gara-gara gambar peluk dua selebriti ini, ‘meriah’ betul laman Instagram dengan kata-kata kurang manis ditulis netizen.

Foto Datuk Boy Iman merangkul erat pinggang penyanyi Ifa Raziah menjadi topik hangat sejak dimuat turun beberapa hari lepas.

Dalam pada itu, Ifa Raziah menjelaskan isu ini tidak seharusnya diperbesarkan.

“ Suami saya faham dan tahu benda sebenar, kenapa orang lain pula yang susah hati?,” katanya.

Tambah Ifa, dia dah Boy Iman sudah ibarat adik beradik.

“ Termasuklah suami saya, dia memang rapat dengan Boy. Cerita bermula bila saya berjumpa dia di satu majlis dan dia peluk untuk pujuk saya yang marahkan dia kerana lupa diri,” ujarnya ringkas.

Hah, dengar tu netizen! Hubungan mereka ibarat adik dan kakak saja. Jangan salah sangka pula ya. Sebelum ini, Boy Iman pun dah menjelaskan dia sudah menganggap Ifa Raziah seperti kakak sendiri. – BH Online

SGMS Faida