“Satu-satunya Penyesalan Saya? Lambat Berhijab…”- Norish Karman

Siapa tidak kenal dengan pelakon serba boleh ini, bagilah apa sahaja watak beliau pasti tidak akan menghampakan penonton. Setuju? Namun, pelakon ini tampil dengan imej barunya yang kini sudah berhijab. 

Norish Karman berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi aplikasi question di laman instagram miliknya semalam dengan menulis tentang sebab dan musabab kenapa beliau kini tampil berhijab.

 

Norish juga memberitahu bahawa, beliau mula mengenakan hijab pada 23 Februari 2018 lalu dan keputusan ini adalah hadiah buat bapanya, Karman Sukarjo sempena hari ulangtahun beliau.
Tambahnya lagi, adalah sangat rugi sekiranya anak-anak perempuan tidak memakai tudung dan menutup aurat.
Alhamdulillah, kami di xtra mengucapkan semoga Norish sentiasa istiqomah dan diharap pesanan ini menjadi inspirasi buat anak muda diluar sana.
Salma Syahbuddin